Sudah lebih 50 tahun, Allah SWT memberi peluang saya bernafas di dunia yang fana ini. Nafas masih keluar masuk tanpa masalah. Tekanan darah, ok. Tetapi untuk membaca, saya memerlukan cermin mata berkuasa 200. Rambut sudah banyak gugur. Gigi sudah banyak tanggal.
Alhamdulillah, Allah SWT mengurniakan kesedaran islam kepada saya sejak 28 tahun yang lalu. Islam sebagai ajaran yang lengkap dan sempurna.
Dalam blog ini, saya akan curahkan sedikit pengalaman dan ilmu untuk dikongsi bersama oleh pengunjung.
Saya berharap, pengunjung mendapat faedah daripada catatan ringkas yang akan ditulis dari masa ke semasa.
cikgu rahim
ikm lumut